X-Ray
Servis X-Ray
Klinik Zahra kini menyediakan servis X-ray untuk membantu diagnosis yang lebih tepat dan cepat bagi pelbagai masalah kesihatan. Pemeriksaan X-ray digunakan untuk melihat keadaan tulang, sendi, dan beberapa organ dalaman tanpa prosedur yang menyakitkan.
Servis & Rawatan
Siapa yang Memerlukan X-Ray?
Pemeriksaan X-ray sesuai untuk individu yang mengalami:
- Sakit atau kecederaan tulang (contoh: patah, retak)
- Sakit sendi seperti lutut, bahu atau pergelangan tangan
- Bengkak atau keradangan yang tidak diketahui punca
- Kecederaan akibat jatuh atau kemalangan
- Suspek masalah paru-paru (contoh: batuk berpanjangan)
Dengan kemudahan X-ray di Klinik Zahra, pesakit boleh mendapatkan diagnosis dengan lebih cepat tanpa perlu ke hospital lain.
Harga Bermula Dari RM150
Ramai yang gembira selepas datang sekali, terus jadikan kami Klinik Pilihan!