Sakit Lutut
Rawatan Sakit Lutut
Klinik Zahra menyediakan pemeriksaan dan rawatan menyeluruh bagi masalah lutut termasuk imbasan atau X-ray untuk diagnosis serta rawatan seperti ubat anti-radang, suntikan lutut, dan suntikan gel mengikut keperluan pesakit.
Servis & Rawatan
Info Ringkas
Masalah lutut yang boleh dirawat termasuk sakit lutut akibat haus sendi (osteoarthritis), kecederaan ligamen, keradangan sendi, bengkak lutut, sakit akibat sukan, serta masalah kehausan atau kecederaan rawan lutut.
Suntikan Lutut di Klinik Zahra
Suntikan lutut ialah rawatan bukan pembedahan yang diberikan terus ke dalam sendi lutut untuk membantu mengurangkan kesakitan, keradangan, dan meningkatkan pergerakan. Ia sering digunakan bagi pesakit yang mengalami masalah seperti osteoarthritis (sendi haus), sakit lutut kronik, atau kecederaan ringan pada sendi.
Jenis Suntikan
- Hyaluronic Acid (HA)
Bertindak sebagai pelincir semula jadi dalam sendi untuk mengurangkan geseran dan memperbaiki pergerakan. - Corticosteroid
Membantu mengurangkan keradangan dan kesakitan dengan lebih cepat, terutamanya bagi lutut yang bengkak atau meradang.
(Jenis suntikan akan ditentukan oleh doktor berdasarkan keadaan pesakit.)
Kelebihan Suntikan Lutut
- Mengurangkan kesakitan dengan berkesan
- Suntikan membantu mengurangkan sakit lutut, terutamanya bagi pesakit osteoarthritis atau sakit lutut berpanjangan.
- Meningkatkan pergerakan sendi, sendi menjadi lebih lancar dan fleksibel, memudahkan aktiviti harian seperti berjalan, naik tangga, dan solat.
- Mengurangkan keradangan, sesuai untuk lutut yang bengkak atau meradang, memberikan kelegaan dalam masa yang singkat.
- Alternatif kepada pembedahan, rawatan ini sesuai bagi pesakit yang ingin menangguhkan atau mengelakkan pembedahan lutut.
- Prosedur cepat & selamat dilakukan dalam masa yang singkat di klinik tanpa perlu kemasukan ke hospital.
- Tempoh pemulihan yang singkat, pesakit biasanya boleh kembali melakukan aktiviti harian dalam masa yang singkat selepas rawatan.
Siapa yang sesuai untuk rawatan ini?
- Pesakit dengan sakit lutut kronik
- Osteoarthritis (sendi lutut haus)
- Lutut bengkak atau meradang
- Individu yang sukar berjalan atau bergerak akibat sakit lutut
- Pesakit yang belum memerlukan pembedahan
Apa yang boleh dijangkakan selepas suntikan?
- Sedikit ketidakselesaan sementara mungkin berlaku
- Kesan kelegaan biasanya dirasai dalam beberapa hari hingga minggu
- Tempoh keberkesanan bergantung kepada jenis suntikan dan keadaan pesakit
Kenapa pilih Klinik Zahra?
- Dikendalikan oleh doktor berpengalaman
- Persekitaran klinik yang selesa dan moden
- Prosedur cepat tanpa perlu hospital admission
- Fokus kepada rawatan mesra pesakit
Ramai yang gembira selepas datang sekali, terus jadikan kami Klinik Pilihan!